Senin, 02 Juni 2014

Beberapa KHASIAT AYAT KURSIY

Khasiat Ayat Kursi:

1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan
istikamah setiap kali selesai sembahyang
fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali
masuk kerumah atau kepasar, setiap kali
masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah
akan diamankan dari godaan syaitan dan
kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam,
diselamatkan dari kejahatan manusia dan
kejahatan binatang yang memudharatkan.
Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-
anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian,
kebakaran dan kekaraman.

2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul
Mufidah, barang siapa yang mengamalkan
membaca ayat kursi, setiap kali membaca
sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup
berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan
berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya,
dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya
pengaruh sehingga orang selalu segan
kepadanya, diperlihara dari segala bencana
dengan izin Allah s.w.t.

3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari
salah seorang guru besarnya dari Abi
Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak
anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng
pertahanan Rasulallah s.a.w.
4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan:
“Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak
hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan
pada air hujan kemudian diminumnya, maka
inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan
memudahkan faham pada pelajaran yang
dipelajari.

5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas
sembahyang fardhu, Tuhan akan
mengampunkan dosanya. Sesiapa yang
membacanya ketika hendak tidur, terpelihara
dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang
membacanya ketika ia marah, maka akan
hilang rasa marahnya.

6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang
membaca ayat Kursi sebanyak hitungan
hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan
akan memberi pertolongan dalam segala hal
dan menunaikan segala hajatnya, dam
melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya,
dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa
yang dituntutnya.

7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika
hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua
malaikat yang menjaga selama tidurnya
sampai pagi.

8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia
apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi
pada empat penjuru rumahnya dan
mengharapkan dengan itu menjadi penjaga
dan pelindung syaitan.

9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut
terhadap serangan musuh hendaklah ia
membuat garis lingkaran denga nisyarat
nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian
ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis
lingkaran tersebut menghadap kearah musuh,
sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali,
atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh
tidak akan melihatnya dan tidak akan
memudharatkannya.

10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi
menerangkan bahawa; sesiapa yang
membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam
sehari semalam selama 40 hari, maka demi
Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia,
Tuhan akan membukakan baginya pandangan
rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi
pengaruh kepada manusia. (dari kitab
Khawasul Qur’an)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Bebas Berkomentar Asal Sopan